privacypolicy

Notis Privasi Viatris

Terakhir Dikemas Kini: September 2020

Viatris Inc., syarikat bergabung dan subsidiarinya (secara kolektif "Viatris," "Syarikat," dan "kami") komited sepenuhnya kepada perlindungan maklumat yang berkaitan dengan orang sebenar yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti ("Data Peribadi") yang kami memproses.

Notis Privasi Viatris ini ("Notis") menerangkan pengumpulan, pengunaan, pendedahan dan pengekalan Data Peribadi berhubung dengan laman web, aplikasi, perkhidmatan, platform kami dan penggunaan tersebut anda, pemasaran dan penyediaan produk dan perkhidmatan kami, interaksi kami dengan anda secara fizikal, panggilan, atau pos dan sebagainya semasa operasi perniagaan kami. Notis ini juga menerangkan cara-cara di mana anda boleh mengawal pemprosesan Data Peribada anda dan melaksanakan hak-hak lain di bawah undang-undang yang terpakai. Notis ini tidak terpakai kepada Data Peribadi ahli tenaga kerja kami dalam konteks hubungan tersebut.

Bergantung pada cara anda berinteraksi dengan kami, kami mungkin memberikan anda maklumat tambahan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda yang memperkatakan aktiviti dan keadaan pemprosesan tertentu. Sebagai contoh, di mana kami menaja percubaan klinikal atau menawarkan latihan atau perkhidmatan lain kepada penyedia penjagaan kesihatan, notis privasi berasingan mungkin terpakai untuk pemprosesan Data Peribadi untuk keadaan tersebut dan lain. Notis tersebut dirujuk sebagai "Pendedahan Tambahan." Pendedahan Tambahan hendaklah dibaca bersama dengan Notis ini. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang konflik atau ketidakselarasan antara terma Pendedahan Tambahan dan Notis ini, Pendedahan Tambahan akan diguna pakai, tetapi hanya untuk pemprosesan Data Peribadi yang tertakluk kepada pendedahan tersebut.

Di mana berkenaan, subsidiari atau ahIi gabungan Viatris yang anda berinteraksi adalah pengawal data (atau seperti yang setaraf di bawah undang-undang yang terpakai) yang bertanggungjawab untuk pemprosesan Data Peribadi anda. Anda boleh mendapatkan senarai entiti undang-undang berkaitan yang bertindak sebagai pengawal data dalam Lampiran 1 Notis ini. Entiti-entiti sedemikian mungkin juga mempunyai Pendedahan Tambahan yang berasingan.

Kami telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data ("PPD") di mana seseorang PPD diperlukan oleh bidang kuasa di bawah undang-undang yang terpakai. Walau bagaimanapun, sesiapa dari mana-mana bidang kuasa boleh menghubungi PPD kami dengan soalan mengenai aktiviti pemprosesan Data Peribadi atau kandungan Notis ini. Sila lihat bahagian "Hubungi Kami" di bawah untuk maklumat mengenai cara menghubungi PPD kami.

Data tanpa nama, nyah dikenalpasti dan agregat, seperti terma-terma tersebut yang mungkin ditakrifkan di bawah undang-undang yang terpakai, tidak dianggap sebagai "Data Peribadi" dalam maksud Notis ini.



Notis ini terdiri daripada bahagian-bahagian berikut:

1. Data Peribadi yang Kami Mengumpul

2. Mengapa Kami Memproses Data Peribadi

3. Asas Pemprosesan yang Sah

4. Pendedahan Data Peribadi

5. Pemindahan Rentas Sempadan Data Peribadi

6. Keselamatan dan Pengekalan Data

7. Pilihan dan Hak Anda

8. Data Kanak-Kanak

9. Semakan kepada Notis ini

10. Hubungi Kami

11. Lampiran 1

12. Pendedahan Tambahan untuk Malaysia

Sila ambil perhatian bahawa laman web, aplikasi, atau platform kami mungkin memaut ke kandungan yang disediakan oleh pihak-pihak ketiga yang tidak berada dalam kawalan dan tanggungjawab kami. Apabila anda menavigasi kepada kandungan tersebut, pihak-pihak ketiga berkaitan mungkin memproses Data Peribada anda. Kami menggalakkan anda membaca notis privasi dan kuki pihak-pihak ketiga apabila anda meninggalkan laman web, aplikasi atau platform kami.

1. Data Peribadi yang Kami Mengumpul

Viatris atau pihak-pihak ketiga yang bertindakan bagi pihak kami mungkin mengumpul Data Peribadi mengenai anda daripada beberapa sumber. Kami boleh mengumpul Data Peribada yang anda berikan, seperti apabila anda mendaftar untuk akaun di laman web kami, mengemukakan permohonan perkerjaan kepada kami, atau mendaftar untuk webinar atau sesi latihan. Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi secara automatik semasa anda berinteraksi dengan kami, seperti melalui kuki dan teknologi yang serupa, termasuk maklumat seperti mengumpulkan alamat IP daripada lawatan anda kepada laman web kami (lihat perbincangan lanjut tentang kuki pada akhir bahagian ini). Kami juga mengumpul Data Peribadi daripada sumber-sumber pihak ketiga, seperti mendapatkan maklumat mengenai lesen penjagaan kesihatan daripada pembekal pihak ketiga.

Jenis dan jumlah Data Peribadi yang kami kumpulkan mengenai mana-mana individu tertentu akan bergantung pada sifat hubungan kami dengan individu tersebut dan tujuan kami menggunakan Data Peribadi individu tersebut. Kami mengumpul Data Peribadi daripada kategori-kategori individu yang berbeza, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

• Pelawat harta digital kami (seperti laman web dan aplikasi kami)


• Ahli profesional penjagaan kesihatan

• Ahli tenaga kerja dan wakil-wakil penyedia perkhidmatan, pembekal, kontraktor dan rakan kongsi kami.

• Penyelidik dan ahli komuniti saintifik

• Pemohon perkerjaan

• Peserta percubaan

Data Peribada Yang Anda Berikan

Kami mengumpul Data Peribadi yang anda pilih untuk memberikan kami, seperti apabila anda mendaftar untuk mengambil bahagian dalam percubaan klinikal, melengkapkan tinjauan, bercakap dengan ejen sokongan pelanggan kami, melaporkan kebimbangan farmakologi dan aduan yang lain, melawat pejabat kami, atau memohon pekerjaan, antara interaksi-interaksi lain.

Bergantung pada hubungan anda dengan kami, anda boleh memberikan kami kategori-kategori Data Peribadi berikut:

• Pengenal pasti dan Data Hubungan, seperti nama, alias, alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon, bandar, negeri dan negara tempat tinggal, pengenal yang dikeluarkan oleh kerajaan (seperti nombor pasport atau lesen pemandu), nama akaun dan kata laluan, nombor insurans kesihatan, nombor akaun kewangan, dan pengenal pasti lain yang serupa.

• Data Komersial, seperti invois, terma dan jadual pembayaran, maklumat akaun kewangan, dan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan.

• Data Profesional, seperti nombor lesen penjagaan kesihatan, majikan semasa dan sebelumnya, gaji semasa dan sebelumnya, sejarah pendidikan, maklumat yang disediakan dalam resume atau CV anda, dan imej dan rakaman persamaan suara anda.

• Keutamaan dan Respons Tinjauan, seperti keutamaan anda mengenai cara komunikasi dan respons anda terhadap tinjauan, termasuk tinjauan kepuasan pelanggan.

Data Peribadi yang Kami Mengumpul Secara Automatik

Kami mungkin memungut secara automatik maklumat yang mengandungi Data Peribadi apabila anda berinteraksi dengan kami, contohnya apabila anda melawati harta digital kami, membaca komunikasi


pemasaran kami termasuk e-mel, menghubungi kami, membeli produk daripada kami, memohon perkerjaan, atau menghadiri acara yang kami mengadakan, antara interaksi-interaksi lain.

Bergantung pada interaksi anda dengan kami, kami mungkin mengumpul kategori Data Peribadi berikut:

• Pengenal pasti, Data Hubungan, seperti pengenal pasti peranti (cth., alamat IP and MAC, pengenal pasti kuki, pengenal pasti pengiklanan peranti), nama pengguna, kata laluan, alamat emel, nombor telefon dan pengenal pasti lain yang serupa.

• Data Penggunaan dan Peranti, seperti laman web yang dilawati, jenis dan versi pelayar, tetapan zon masa dan lokasi, jenis dan versi plug-in pelayar, sistem dan platform operasi, teknologi lain pada peranti yang digunakan untuk mengakses laman web dan aplikasi kami, jumlah data yang dipindahkan, data lokasi (cth., disimpulkan oleh alamat IP atau diperoleh melalui GPS), dan interaksi dengan iklan.

• Data Kesihatan, seperti kesimpulan mengenai keadaan yang anda mungkin mengalami berdasarkan aktiviti pelayaran anda.

• Data Komersial, seperti butiran produk dan perkhidmatan yang dibayar atau diambil sampel.

• Data Biometrik, seperti geometri muka, imbasan iris, dan pengukuran biologi yang lain.

Kami menggunakan kuki dan teknologi penjejakan digital yang berkaitan ("Kuki") dalam emel kami dan pada harta digital kami. Ini mungkin melibatkan kami atau pihak ketiga yang mengumpul Data Peribadi mengenai aktiviti dalam talian sepanjang masa dan merentasi laman web pihak ketiga atau perkhidmatan dalam talian. Sila baca Notis Kuki kami untuk maklumat lanjut tentang penggunaan Kuki kami. Kami pada masa ini tidak memberi respons kepada isyarat Jangan Jejak pelayar web atau mekanisme yang serupa.

Data Peribadi Yang Kami Mengumpul daripada Pihak Ketiga

Kami mungkin mendapatkan Data Peribadi yang berkaitan dengan anda daripada pihak ketiga, seperti apabila kami mendapatkan data hubungan daripada pembekal senarai pemasaran untuk menyokong inisiatif pemasaran dan jualan kami atau apabila kami mendapatkan maklumat lesen profesional untuk mengesahkan maklumat yang disediakan oleh pembekal penjagaan kesihatan.

Pihak ketiga yang kami mendapatkan Data Peribadi secara umum termasuk dalam kategori-kategori berikut:

• Sumber kerajaan

• Data yang boleh diakses oleh orang awam

• Platform media sosial


• Pembekal senarai pemasaran

• Rakan kongsi pengiklanan

• Pembekal analisis

• Pemproses pembayaran

• Pembekal tambahan data

• Rakan kongsi perniagaan, seperti penaja bersama acara

Kami mengumpul kategori-kategori Data Peribadi berikut daripada pihak ketiga:

• Pengenal pasti dan Data Hubungan, seperti nama, alamat pos, alamat emel, nombor telefon, lokasi umum (seperti bandar, negeri dan negara), nama pengguna, dan pengenal pasti peranti (termasuk pengenal pasti kuki dan pengenal pasti peranti pengiklanan).

• Data Demografi, seperti maklumat mengenai tahap pendapatan, umur, jantina, orientasi seksual, asal negara, dan status kehilangan upaya.

• Data Penggunaan dan Peranti, seperti sejarah pelayaran dan carian serta interaksi dengan iklan.

• Data Kesihatan, seperti maklumat mengenai reaksi terhadap produk Viatris yang disediakan di platform media sosial.

• Data Penggunaan dan Peranti, seperti laman web yang dilawati, jenis dan versi pelayar, tetapan zon masa dan lokasi, jenis dan versi plug-in pelayar, sistem dan platform operasi, teknologi lain pada peranti yang digunakan untuk mengakses laman web dan aplikasi kami, jumlah data yang dipindahkan, data lokasi (cth., disimpulkan oleh alamat IP atau diperoleh melalui GPS), dan interaksi dengan iklan.

• Data Komersial, seperti butiran produk dan perkhidmatan yang dibeli atau disampel dan kesimpulan mengenai segmen populasi di mana anda berada.

2. Mengapa Kami Memproses Data Peribadi

Di mana Viatris memproses Data Peribadi individu, tujuan-tujuan spesifik akan berbeza berdasarkan hubungan kami dengan individu tersebut. Secara umumnya, Viatris memproses Data Peribadi untuk tujuan-tujan berikut:

• Untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang sah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemasaran, promosi, jualan kepada pelanggan, sokongan pelanggan, menerima pembayaran, menyempurnakan perjanjian kontrak, mengikat kontrak dengan penyedia perkhidmatan pihak ketiga, mengenal pasti penyiasat untuk percubaan klinikal, mencegah penipuan, dan mendapatkan barangan atau perkhidmatan.

• Untuk menghantar produk, barangan atau perkhidmatan kami, termasuk memenuhi transaksi yang anda minta dan, jika perlu, mengekalkan bahawa anda memenuhi kriteria kelayakan sekiranya produk, barangan, atau perkhidmatan yang diminta itu terhad kepada kumpulan tertentu.


• Untuk berhubung dengan individu, termasuk menjawab soalan, pertanyaan, dan aduan daripada pelanggan, pengguna, dan individu lain, menjawab permintaan untuk derma, penajaan, biasiswa atau khairat, dan memaklum individu tentang peluang pekerjaan dengan Viatris.

• Untuk menyediakan maklumat dan pengiklanan, seperti pengiklanan digital atau pemasaran langsung, mengenai barangan, perkhidmatan, dan produk yang kami percaya mungkin berguna, relevan atau menarik minat anda.

• Untuk menyediakan latihan, pendidikan dan geran, seperti program latihan dan pendidkan kami yang kami menyediakan untuk profesional penjagaan kesihatan atau penawaran geran yang boleh dipohon oleh profesional penjagaan kesihatan.

• Untuk menilai pencalonan seseorang individu, seperti semasa pemprosesan permohonan untuk pembukaan kerja dalam pasukan Viatris atau semasa menilai sama ada untuk memberikan geran.

• Untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan, termasuk menambahbaikkan produk dan perkhidmatan sedia ada dan membangunkan produk dan perkhidmatan baru.

• Untuk menyediakan, mengekalkan, dan menambahbaikkan harta digital kami, termasuk laman web, aplikasi, perkhidmatan dan platform kami.

• Untuk mengekalkan, membangunkan, dan menyiasat keselamatan sistem dan harta digital kami.

• Untuk mematuhi kewajiban undang-undang, seperti kewajiban yang berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan, farmakovigilance, pemasaran, dan promosi produk ubat, dan produk penjagaan kesihatan lain, dan untuk membalas proses undang-undang atau siasatan pihak berkuasa.

• Untuk melindungi hak, kepentingan, dan keselamatan kami, anda, dan mana-mana pihak ketiga, dan untuk melaksanakan dan mempertahankan hak kami.

• Untuk mencipta set data tanpa nama, nyah dikenal pasti, atau agregat. Set data tersebut tidak akan mengandungi "Data Peribadi" yang tertakluk kepada Notis ini. Kami mungkin menggunakan set data tanpa nama, nyah dikenal pasti, atau agregat untuk apa-apa tujuan.

Kami mungkin memproses data berikut yang dianggap kategori khas data peribadi di bawah undang-undang bidang kuasa tertentu untuk tujuan-tujuan tambahan berikut setakat relevan, perlu dan dibenarkan oleh undang-undang tempatan yang terpakai:

• Data demografi - Kami akan menggunakan maklumat mengenai orientasi seksual, kaum, etnik dan status kekurangan upaya anda, untuk sebab-sebab tertentu, seperti mana diperlukan untuk percubaan klinikal atau untuk memastikan pemantauan dan pelaporan peluang yang sama dan bermakna seperti yang dikehendaki oleh beberapa undang-undang bidang kuasa.

• Data biometrik - Kami akan menggunakan data biometrik untuk sebab-sebab tertentu, seperti yang diperlukan untuk percubaan klinikal.

• Data kesihatan - Kami akan menggunakan data kesihatan untuk program sokongan pesakit dan dalam sesetengah kes mungkin menerima data kesihatan untuk percubaan klinikal dan aktiviti yang berkaitan.


3. Asas Pemprosesan yang Sah

Bidang kuasa tertentu memerlukan kami mempunyai suatu asas yang sah untuk pemprosesan Data Peribadi anda. Di mana berkenaan, asas yang sah yang Viatris bergantung kepada untuk membenarkan aktiviti pemprosesan tertentu mungkin berbeza daripada asas yang sah yang digunakan untuk membenarkan aktiviti pemprosesan yang berbeza. Viatris bergantung pada asas yang sah berikut untuk memproses Data Peribadi, seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai:

• Pemprosesan yang diperlukan untuk rundingan, menandatangani, atau pelaksanaan kontrak

• Pemprosesan untuk mematuhi kewajiban undang-undang dan peraturan-peraturan

• Pemprosesan untuk sebab-sebab kepentingan awam dalam bidang kesihatan awam

• Pemprosesan dalam pelanjutan kepentingan sah kami, termasuk kepentingan untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang sah (seperti menambahbaikkan produk dan perkhidmatan kami, untuk berkomunikasi dengan anda, untuk menjamin sistem kami, antara kepentingan sah yang lain)

• Pemprosesan berdasarkan persetujuan anda

Kami mungkin mendapatkan persetujuan anda untuk mengumpulkan dan menggunakan jenis-jenis Data Peribadi yang tertentu apabila kami dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang (sebagai contoh, berhubung dengan aktiviti penjualan langsung dan penggunaan kuki kami). Sekiranya kami meminta persetujuan anda untuk memproses Data Peribadi anda, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami dengan menggunakan butiran pada akhir Notis ini. Penarikan balik persetujuan anda tidak akan menjejaskan pemprosesan yang sah berdasarkan persetujuan sebelum penarikan balik persetujuan tersebut.

Di mana dikehendaki oleh undang-undang, kami mungkin mendapatkan persetujuan eksplisit daripada anda untuk mengumpul dan mengguna kategori data istimewa (lihat akhir bahagian 2 di atas) mengenai anda. Asas undang-undang lain untuk pemprosesan data kategori instimewa kami mungkin termasuk, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, untuk penyelidikan saintifik, untuk tujuan ubat pencegahan atau pekerjaan atau berdasarkan kontrak dengan penyedia penjagaan kesihatan atau profesional kesihatan lain, untuk pekerjaan, undang-undang sekuriti sosial atau perlindungan sosial, untuk sebab-sebab kepentingan awam yang kuat, atau seperti yang diperlukan untuk pewujudan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang.

Anda boleh menghubungi PPD kami untuk maklumat lanjut mengenai pemprosesan Data Peribadi anda.

4. Pendedahan Data Peribadi

Di mana dikehendaki oleh undang-undang terpakai, Viatris tidak menyewa, menjual atau berkongsi Data Peribadi anda dengan orang yang bukan ahli gabungan untuk tujuan penjualan langsung melainkan kami


mendapatkan persetujuan anda. Jika tidak, walau bagaimanapun, kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori pihak ketiga tersebut dengan persetujuan anda seperti yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai:

• Ahli-ahli Kumpulan Korporat Viatris, termasuk ahli gabungan, subsidiari, dan Viatris Inc. di Amerika Syarikat.

• Penyedia-penyedia Perkhidmatan, iaitu entiti-entiti yang memproses Data Peribadi bagi pihak Viatris.

• Orang yang mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mengakses Data Peribadi, termasuk, mengikut mana-mana yang berkenaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, perkhidmatan perisikan, pihak berkuasa pentadbiran dan kehakiman yang kompeten, dan orang dengan sapina, waran, atau bentuk proses undang-undang lain yang dikeluarkan dengan sah; serta

• Pihak-pihak yang terlibat dalam urus niaga perniagaan yang berpotensi, termasuk pembeli yang berpotensi dan pemegang amanah harta yang lain sekiranya operasi penyatuan atau penstrukturan semula undang-undang seperti perbuatan memperoleh, perniagaan bersama, penyerahhakan, spin-off, divestiture, atau muflis.

Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti rangkaian sosial dan laman web lain sekiranya anda mengarahkan kami untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan laman atau entiti tersebut yang tidak termasuk dalam salah satu kategori di atas dengan persetujuan anda.

5. Pemindahan Rentas Sempadan Data Peribadi

Viatris beroperasi di peringkat global dan selaras dengan undang-undang terpakai mungkin memproses Data Peribadi anda dalam bidang kuasa yang tidak dianggap sebagai menyediakan tahap perlindungan Data Peribadi yang sama dengan bidang kuasa yang anda berada.

Apabila memindahi Data Peribadi merentasi sempadan, kami mengambil langkah-langkah untuk menyediakan perlindungan untuk melindungi Data Peribadi tersebut seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Perlindungan ini mungkin termasuk:

• Memindahi Data Peribadi kepada penerima yang berada di negara-negara yang didapati tahap perlindungan Data Peribadi yang mencukupi termasuk di mana Data Peribadi berasal dari Kesatuan Eropah, ke negara-negara yang dianggap Suruhanjaya Eropah untuk menyediakan tahap perlindungan Data Peribadi yang mencukupi; dan

• Menandatangani perjanjian yang mengandungi perlindungan kontrak, seperti Klausa Kontrak Standard yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah.


Sila jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permindahan Data Peribadi anda (lihat "Hubungi Kami").

6. Keselamatan dan Pengekalan Data

Viatris melaksanakan pelbagai langkah teknikal, pentadbiran, fizikal dan organisasi untuk melindungi keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi. Walaupun kami mengambil langkah-langkah untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak boleh menjamin bahawa Data Peribadi yang kami memproses akan kekal selamat.

Di mana dikehendaki oleh undang-undang, Viatris akan mengekalkan Data Peribadi hanya selama yang diperlukan untuk mencapai tujuan Data Peribadi dikumpulkan atau untuk tempoh yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai (mana yang lebih lama).

Untuk menetapkan tempoh pengekalan yang sesuai untuk Data Peribadi anda, Viatris mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

• Jumlah, sifat, dan sensitiviti Data Peribadi;

• Risiko bahaya yang berpotensi daripada penggunaan atau pendedahannya tanpa kebenaran;

• Tujuan-tujuan kami memprosesnya dan sama ada kami boleh mencapai tujuan-tujuan tersebut melalui cara yang lain; dan

• Keperluan undang-undang yang terpakai.

Apabila pengekalan Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan-tujuan yang dikumpulkan atau pengekalan Data Peribadi tersebut tidak lagi diperlukan oleh undang-undang, kami akan memadam, memasti pentanpanamaan, nyah mengenal pasti, atau mengagregat Data Peribadi supaya ia tidak boleh dikaitkan dengan anda lagi.

7. Pilihan dan Hak Anda

Beberapa bidang kuasa telah menyediakan individu-individu dengan hak tertentu berhubung dengan pemprosesan Data Peribadi mereka. Ini adalah kes di mana anda atau subsidiari atau ahli gabungan Viatris yang anda berinteraksi terletak di Kesatuan Eropah atau Kerajaan Bersatu Britania, walaupun hak ini mungkin didapati dalam bidang kuasa lain juga. Hak ini tidak tersedia untuk semua orang, dan ia tidak semestinya digunakan dalam semua konteks. Bergantung kepada undang-undang yang terpakai, anda mungkin mempunyai hak untuk:


• Meminta akses kepada Data Peribadi anda.

• Meminta pembetulan Data Peribadi anda (sekiranya Data Peribadi anda tidak tepat, tidak lengkap atau usang).

• Meminta pemansuhan Data Peribadi anda.

• Menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan (di mana kami memproses Data Peribadi berdasarkan persetujuan anda).

Sila ambil perhatian bahawa penarikbalikan persetujuan anda hanya terpakai untuk pemprosesan aktiviti masa hadapan sahaja.

• Membantah pemprosesan Data Peribadi anda.

• Meminta sekatan ke atas pemprosesan Data Peribadi anda.

• Meminta pemindahan Data Peribadi kepada anda atau pihak ketiga.

• Menarik diri daripada pemindahan tertentu kepada pihak ketiga.

Untuk melaksanakan hak yang anda percaya anda mungkin berhak di bawah undang-undang terpakai, sila menghubungi PPD kami. Kami mungkin memerlukan pengesahan identiti anda sebelum kami memenuhi permintaan anda.

Sekiranya anda mempercayai bahawa kami telah gagal mematuhi permintaan anda atau tidak menangani aduan anda, anda juga mungkin berhak untuk membuat aduan kepada perlindungan data atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang kompeten dalam bidang kuasa anda.

8. Data Kanak-Kanak

Kami tidak dengan sengaja memproses Data Peribadi berhubung dengan individu-individu yang berumur kurang daripada 16 tahun tanpa kebenaran penjaga kanak-kanak tersebut, kecuali mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai. Sekiranya anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kami memproses Data Peribadi yang berkaitan dengan kanak-kanak tanpa kebenaran daripada penjaga kanak-kanak tersebut, sila maklumkan kami di dataprivacy@viatris.com. Sila ambil perhatian bahawa dalam keadaan tertentu kami mungkin memproses Data Peribadi kanak-kanak untuk aktiviti-aktiviti tertentu seperti percubaan klinikal. Pemprosesan sedemikian akan tertakluk kepada dasar dan prosedur yang berasingan, termasuk Pendedahan Tambahan.

9. Semakan kepada Notis ini

Kami mungkin mengemaskini Notis ini dari semasa ke semasa. Anda digalakkan untuk merujuk Notis ini secara tetap dan menyemak tarikh terakhir di mana Notis ini dikemas kini, seperti yang ditunjukkan pada permulaan dan akhir Notis. Apabila kami membuat perubahan material kepada Notis ini, kami akan berusaha untuk


memaklum anda dengan meletakkan notis di laman web kami atau menyediakan notis seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.

10. Hubungi Kami

Untuk melaksanakan hak anda atau membuatkan permintaan mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi kami dengan:

• E-mel kami di dataprivacy@Viatris.com

• Menghantar surat kepada kami di:

Viatris Sdn. Bhd.


Reg. No: 201801018158 (1280174-H)

(formerly known as Upjohn (Malaysia) Sdn. Bhd.)

15-03 & 15-04, Level 15, Imazium,

No. 8, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown,

47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tel: 603-7733 8005


• Menggunakan talian pematuhan Viatris melalui nombor telefon yang dinyatakan di https://www.tnwgrc.com/Viatris/newdialing2.htm

11. LAMPIRAN 1 - Senarai Pengawal

Klik di sini untuk jadual pengawal yang berkenaan dan entiti yang bertanggungjawab.

12. Pendedahan Tambahan untuk Malaysia

Sekiranya anda meggunakan laman web dan/atau perkhidmatan kami dalam Malaysia, terma-terma tambahan berikut akan terpakai. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara terma-terma tambahan berikut dan peruntukkan badan utama Notis Privasi ini, terma-terma berikut akan diguna pakai.

• Pemprosesan data peribadi. Kami hendaklah memproses Data Peribadi anda di mana anda memberikan persetujuan kepada kami (yang mungkin nyata atau tersirat), melainkan dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia atau undang-undang lain yang terpakai.

• Maklumat berkaitan dengan Kanak-Kanak. Dengan mengakses atau mengguna laman web dan/atau perkhidmatan, anda merepresentasi bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun, ibu bapa atau penjaga undang-undang anda mesti bersetuju kepada terma-terma Notis Privasi ini bagi anda.

• Keperluan untuk Memproses Data Peribadi. Melainkan dinyatakan sebalikya dalam Notis Privasi ini, Data Peribadi anda diperlukan untuk pelaksanaan atau penyediaan laman web dan/atau perkhidmatan kami dan tujuan-tujuan lain yang diterangkan di sini; jika anda tidak memberikan Data Peribadi tersebut, anda mungkin tidak boleh menggunakan laman web dan/atau perkhidmatan kami.

  • Dwi bahasa. Notis Privasi ini juga disediakan dalam Bahasa Inggeris di sini [ DASAR PRIVASI ]. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

• Orang perhubungan dan Maklum Balas. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau sekiranya anda mahu membuat sebarang aduan mengenai cara kami menggunakan Data Peribadi anda, sila hubungi:

Tel: 603-7733 8005